Perasmian Minggu Bahasa Melayu bermula pada tarikh 13 Mei. Pada tahun ini, Bahagian Kebudayaan dan Kesenian di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan sukacitanya telah mengadakan Program Perjalanan Kebudayaan. Oleh itu, program ini telah menyemarakkan lagi Minggu Bahasa Melayu. Terdapat banyak aktiviti yang dijalankan sewaktu program tersebut berlangsung seperti persembahan gulintangan, taklimat dan pameran-pameran serta aktiviti yang telah berjaya menarik perhatian pelajar-pelajar. Dengan pelaksanaan Program Perjalanan Kebudayaan ini, ia telah membantu memotivasikan pelajar untuk menghargai bahasa Melayu itu sendiri.
Aktiviti pertandingan Pairama yang diadakan bagi Tahun 7 ialah mendeklamasikan sajak secara berkumpulan manakala Tahun 8 ialah pertandingan kuiz secara berkumpulan, Tahun 9 pula pertandingan lakonan klasik, Tahun 10 ialah pertandingan memasak nasi katok dan Tahun 11 ialah projek peribahasa.
Minggu Bahasa Melayu dan Budaya Melayu telah berjalan dengan lancar atas kerjasama guru-guru dan para pelajar. Diharapkan semua pelajar akan terlibat secara aktif dan terus menyokong aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Jabatan Bahasa Melayu.